Jumaat, 20 Februari 2015

Doa Meluluhkan Hati Seseorang Terutama Anak-Anak Yang Degil, Keras Kepala Dan Kuat Melawan


Doa Meluluhkan Hati Seseorang Terutama Anak-Anak Yang Degil Dan keras Kepala

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Banyak orang yang bertanya, bagaimana doa untuk meluluhkan hati seseorang? Berikut kami coba cantumkan Hadits tentang doa yang dimaksud:
ألا أعلمك ما علمني جبريل إذا كانت لك حاجة إلى بخيل شحيح أو سلطان جائر أو غريم فاحش تخاف فحشه فقل : اللهم إنك أنت العزيز الكبير وأنا عبدك الضعيف الذليل الذي لا حول ولا قوة إلا بك ، اللهم سخر لي فلانا كما سخرت فرعون لموسى ولين لي قلبه كما لينت الحديد لداود فانه لا ينطق إلا باذنك ناصيته في قبضتك وقلبه في يدك جل ثناء وجهك يا أرحم الراحمين.

Artinya: 
(Nabi SAW bersabda "Maukah kau kuajar yang pernah Jibril AS ajarkan padaku?. Ketika kau mempunyai hajat pada orang sangat pelit lagi kikir, atau penguasa jair (tidak adil), atau orang keberatan hutang yang jahat, maka berdoalah: 





Arabnya:


اللَّهُمَّ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيْزُ الْكَبِيْرُ وَأَنَا عَبْدُكَ الضَّعِيْفُ الذَّلِيْلُ الَّذِيْ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِكَ، اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِيْ ............ فُلَاناً كَمَا سَخَّرْتَ فِرْعَوْنَ لِمُوْسَى وَلَيِّنْ لِيْ قَلْبَهُ كَمَا لَيَّنْتَ الْحَدِيْدَ لِدَاوُدَ فَإِنَّهُ لَا يَنْطِقُ إِلَّا بِإِذْنِكَ نَاصِيَتُهُ فِيْ قَبْضَتِكَ وَقَلْبُهُ فِيْ يَدِكَ جَلَّ ثَناَءُ وَجْهِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
................sebut nama orang berkena..
Artinya:
Ya Allah sungguh Engkau Maha Mulia Maha Besar, sedangkan saya hambaMu yang sangat hina lagi dina yang tiada upaya dan kekuatan kecuali karena Engkau. Ya Allah, tundukkanlah........(1) padaku sebagaimana Kau telah menundukkan Fir’aun pada Musa. Dan luluhkanlah hatinya untukku sebagaimana Kau telah meluluhkan besi untuk Daud. Karena sungguh dia takkan berbicara kecuali dengan izinMu, ubun-ubunnya dalam genggamanMu dan hatinya di TanganMu. Pujian WajahMu telah agung, wahai zat yang lebih sayang daripada para penyayang.


(1) Ada yang bertanya “Bolehkah setelah Allaahumma sakh-khirlii ….titik-titiknya diisi lafal 'qalba fulan/fulanah (hati seorang)?” Saya menjawab, “Tidak boleh, itu salah besar. Yang benar Haditsnya: Langsung sebut namanya, tidak perlu ditambahi lafal 'qalba'."
Meskipun banyak yang melakukan demikian, tetap salah. Karena Jibril mengajarkan pada nabi SAW, untuk menundukkan orang, bukan hati. Dan meluluhkan hati. Jadi, kalau hati diluluhkan. Kalau orang ditundukkan. Dalam kaidah bahasa Arab, "Sakh-khara, atau 'sakh-khir'," Adalah penundukan yang bisa dinikmati. Seperti sakh-khara lanaa haadzaa. Atau penundukan yang bisa diperintah merusak. Penjelasan ini bisa dirujukkan pada Firman:
{إِنَّا سَخَّرْنَا الْجِبَالَ مَعَهُ يُسَبِّحْنَ بِالْعَشِيِّ وَالْإِشْرَاقِ} [ص: 18].
{أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي الْأَرْضِ وَالْفُلْكَ تَجْرِي فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ} [الحج: 65].
{أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً} [لقمان: 20].
{ اللَّهُ الَّذِي سَخَّرَ لَكُمُ الْبَحْرَ لِتَجْرِيَ الْفُلْكُ فِيهِ بِأَمْرِهِ وَلِتَبْتَغُوا مِنْ فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} [الجاثية: 12].
{سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ } [الزخرف: 13].

Khamis, 24 April 2014

DOA MENGHADAPI PEMBENGIS/MENGAMUK/MUSUH DAN SEBAGAINYA


DOA MENGHADAPI PEMBENGIS/MENGAMUK/MUSUH DAN SEBAGAINYA

CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol

Salam Pembaca,

N3 kali berkaitan keselamatan diri dan keluarga ketika berhadapan orang yang garang, bengis, mengamuk, naik angin atau musuh kerana orang yang boleh mendatangkan kecederaan kepada diri kita atau ahli keluarga kita boleh dianggap musuh.

Baru-baru ini seorang pemandu lori naik angin telah menetak seorang ahli keluarga dalam kereta tersebut selepas berhenti dihadapan lampu merah di Kuala Lumpur kerana salah faham. Kita kena berhati-hati kerana sesetengah pemandu lori dibawah pengaruh dadah jenis syabu. Mereka ini cukup garang dan agresif. Silap sikit nak bergaduh aje. 

Dan semalam pula kisah pekerja hotel di Seremban di pukul oleh seorang anggota polis yang mengamuk dengan bontot pistol DISINI. Kasihan juga kepada pekerja hotel itu kerana tak terdaya melawan balik dengan polis yang ada pistol.

Banyak doa-doa menundukkan musuh (Akan dimasukkan nanti). Dan di dalam entri kali ini, doa-doa ini baik untuk menghadapi situasi yang berlaku sebegini. 

DOA MENGHADAPI PEMBENGIS/MUSUH/MENGAMUK/NAIK ANGIN.

Dibaca ketika berhadapan atau bertemu orang yang pembengis, orang yang zalim, musuh, orang yang mengamuk naik angin dan sebagainya.

Selalu amalkan doa ini setiap kali selepas solat. Mulakan dengan salawat dan penutup salawat.


Maksudnya:

Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan). 

DOA MOHON SELAMAT DARIPADA ANCAMAN ORANG ZALIM.


Maksudnya:

"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim." 

Wasallam.

DOA ELAK DI-KHIANATI DAN DI-ANIAYAI.

DOA ELAK DI-KHIANATI DAN DI-ANIAYAI.


Salam Pembaca Yang Budiman,

Jadikan doa ini sebagai amalan kita setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini sekali. Ia dapat menghindarkan diri kita dari dikhianati atau dianiayai oleh orang-orang yang terdekat dengan kita ataupun kawan-kawan yang belum tentu kita tahu nawaitunya. 

Doa ini boleh juga menghindarkan sihir yang dihantar atau tuju kepada kita. InsyaAllah, moga-moga Allah SWT melindungi kita dari perkara-perkara buruk menimpa keatas kita.


DOWNLOAD MP3 DOA - KLIK LINK


Maksudnya:

Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus. 

DOA AGAR TETAP DENGAN PEKERJAAN DAN MENDAPAT MAJIKAN YANG BAIK



DOA AGAR TETAP DENGAN PEKERJAAN DAN MENDAPAT MAJIKAN YANG BAIK.

Salam Pembaca,

N3 ini dibuat atas permintaan email beberapa orang pembaca. Bekerja adalah satu ibadah. Ada yang bekerja disatu-satu tempat itu sampai bertahun-tahun lamanya. Ada yang suka lompat dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan selepas bosan dengan majikannya atau mendapat tawaran yang lebih baik. Memilih pekerjaan yang sesuai itu tidaklah menjadi satu kesalahan kerana selepas bertahun-tahun bertungkus lumus belajar siang dan malam. Setelah mendapat segulung diploma atau ijazah, carilah pekerjaan yang baik setanding dengan kelulusan itu.

Yang menjadi "fed-up" kepada sesetengah pekerja itu kerana majikannya tidak baik, garang, suka marah-marah dan juga suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan banyak hal-hal lain yang merunsingkan hati dan fikiran. Sesetengah majikan menekan pekerja bawahannya serta tegas sehingga rasa tidak senang hati dan timbul perselisihan faham antara pekerja dan majikan. Ada yang bekerja tak sampai tiga bulan dah mula cari pekerjaan lain. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja jika memilih sangat. Oleh itu ada beberapa doa yang baik diamalkan supaya tetap dengan pekerjaan dan mendapat majikan yang baik dan "understanding"

Baca doa-doa ini sebelum keluar dari rumah dan apabila sampai di tempat kerja. Insyaallah jika majikan itu yang dahulunya bengis, muka tak pernah senyum, akan menyukai diri anda nanti begitu juga rakan-rakan sekerja. 

Berpatah melayu berbunyi "Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut". Mana naik naik gaji dan pangkat jika asyik tukar pekerjaan.


Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.


Maksudnya:

Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.


Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ayatul Mahabbah).

DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROK



DOA RAWATAN LUMPUH ATAU STROK

Tentang Strok

Strok atau yang dikenali dalam sebutan medik Cerebrovascular Accident (CVA) terjadi ketika pembuluh darah di otak tiba-tiba tersumbat atau pecah. Ketika ini terjadi, darah gagal mengalir ke bahagian otak yang merupakan penyalur oksigen dan nutrius ke tubuh.

Akibatnya, sel otak dan saraf akan mati dan kemampuan yang dikendalikan oleh bahagian otak menjadi hilang. Pesakit strok boleh menjadi lumpuh, tidak mampu bercakap, dan mengalami koma. Bergantung di mana strok terjadi dan berapa banyak daerah otak yang rosak.

Cara-cara rawatannya

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Shalawat Nabi (10x).
2. Al-Fatihah (1x).
3. Ayatul Kursi (1x).
4. Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30 (11x).

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30. Maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihatkan minum air bacaan setiap pagi. Sapu air pada bahagian anggota yang kena strok. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

DOA UNTUK RAWATAN LUMPUH DAN STROK


Maksudnya:

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah: 

1. Bersenam atau beriadah. 
2. Mengawal pengambilan makanan. 

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. IsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan) . 

Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:- 

1. Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. 

2. Rasulullah saw mengamalkan minum segelas air setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit.  

3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa. Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan. 

4. Dalam kitab ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. 

5. Nabi SAW mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga para saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis kimia percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Gejala, Penyebab, dan Akibat Stroke

Strok termasuk penyakit serebrovaskuler (pembuluh darah otak) yang ditandai dengan kematian jaringan otak (infark serebral) yang terjadi kerana berkurangnya aliran darah dan oksigen ke otak. Berkurangnya aliran darah dan oksigen ini boleh disebabkan adanya sumbatan, penyempitan atau pecahnya pembuluh darah.

WHO mendefinisikan bahawa strok adalah gejala-gejala penurunan fungsi susunan saraf yang diakibatkan oleh penyakit pembuluh darah otak dan bukan oleh yang lain dari itu.

Strok dibagi menjadi dua jenis yaitu: 
1. strok iskemik 
2. strok hemorragik.

Strok iskemik yaitu tersumbatnya pembuluh darah yang menyebabkan aliran darah ke otak sebahagian atau keseluruhan terhenti. 80% strok adalah strok Iskemik. Strok iskemik ini dibagi menjadi 3 jenis, yaitu :

  • Strok Trombotik: proses terbentuknya thrombus yang membuat penggumpalan.
  • Strok Embolik: Tertutupnya pembuluh arteri oleh bekuan darah.
  • Hipoperfusion Sistemik: Berkurangnya aliran darah ke seluruh bahagian tubuh kerana adanya gangguan denyut jantung.
  • Strok hemoragik adalah strok yang disebabkan oleh pecahnya pembuluh darah otak. Hampir 70% pesakit strok hemoragik terjadi pada pengidap tekanan darah tinggi.
Strok hemoragik ada 2 jenis, yaitu:

1. Hemoragik Intraserebral: pendarahan yang terjadi didalam jaringan otak.
2. Hemoragik Subaraknoid: pendarahan yang terjadi pada ruang subaraknoid (ruang sempit antara permukaan otak dan lapisan jaringan yang menutupi otak).

Tanda dan Gejala-gejala Stroke

Berdasarkan lokasinya di tubuh, gejala-gejala strok terbahagi menjadi berikut:

  • Bahagian sistem saraf pusat: Kelemahan otot (hemiplegia), kaku, menurunnya fungsi sensorik
  • Batang otak, dimana terdapat 12 saraf kranial: menurun kemampuan membau, mengecap, mendengar, dan melihat parsial atau keseluruhan, refleks menurun, ekspresi wajah terganggu, pernafasan dan detak jantung terganggu, lidah lemah.
  • Cerebral cortex: aphasia, apraxia, daya ingat menurun, hemineglect, kebingungan.
Jika tanda-tanda dan gejala tersebut hilang dalam waktu 24 jam, dinyatakan sebagai Transient Ischemic Attack (TIA), dimana merupakan serangan kecil atau serangan awal strok.

Faktor Penyebab Strok

Faktor risiko medik, antara lain Hipertensi (penyakit tekanan darah tinggi), Kolesterol, Aterosklerosis (pengerasan pembuluh darah), Gangguan jantung, diabetes, Riwayat strok dalam keluarga, Migrain.

Faktor resiko perilaku, antara lain Merokok (aktif & pasif), Makanan tidak sehat (junk food, fast food), Alkohol, Kurang bersenam, Mendengkur, Kontrasepsi oral, Narkoba, Obesiti.

80% penyebab strok adalah tekanan darah tinggi dan arteriosklerosis, Menurut statistik. 93% pengidap penyakit trombosis ada hubungannya dengan penyakit tekanan darah tinggi.

Penyebab strok pada dasarnya adalah, suasana hati yang tidak tenteram (marah-marah), terlalu banyak minum alkohol, merokok dan senang mengambil makanan yang berlemak.

Derita selepas serangan Strok

"Sudah Jatuh tertimpa Tangga" Pula, peribahasa itulah yang tepat bagi penderita Strok.

Setelah strok, sel otak mati dan hematom yg terbentuk akan diserap kembali secara bertahap. Proses alami ini selesai dalam waktu 3 bulan. Pada saat itu, 1/3 orang yang selamat menjadi bergantung dan mungkin mengalami komplikasi yang dapat menyebabkan kematian atau cacat

Diperkirakan ada 500.000 penduduk yang terkena strok. Dari jumlah tersebut:

1/3 - boleh pulih kembali,
1/3 - mengalami gangguan fungsional ringan sampai sedang,
1/3 sisanya - mengalami gangguan fungsional berat yang mengharuskan penderita terus menerus di katil (lumpuh).
Hanya 10-15 % penderita strok boleh kembali hidup normal seperti sedia kala, bakinya mengalami cacat, sehingga banyak penderita Strok menderita stress akibat kecacatan yang ditimbulkan setelah diserang strok.

Akibat Strok lainnya:

80% penurunan parsial/total gerakan lengan dan kaki.
80-90% bermasalah dalam berfikir dan mengingat.
70% menderita depresi.
30 % mengalami kesulitan bercakap, menelan, membedakan kanan dan kiri.


Strok tak lagi hanya menyerang golongan lanjut usia, namum kini cenderung menyerang generasi muda yang masih produktif. Strok juga tak lagi menjadi milik warga kota yang mewah , namun juga dialami oleh warga yang miskin yang hidup dengan serba kekurangan.

Hal ini akan menampakkan terhadap menurunnya tingkat produktiviti serta dapat mengakibatkan terganggunya sosial ekonomi keluarga. Selain kerana besarnya pembiayaan mengubat selepas serangan strok , juga yang menderita strok adalah keluarga yang biasanya kurang melakukan gaya hidup sehat, akibat kesibukan yang padat.

Strok dapat dicegah, 
Hampir 85% dari semua stroke dapat DICEGAH.

Kerana ancaman strok hingga meragut nyawa dan derita akibat strok. Hidup BEBAS tanpa STROK merupakan impian bagi semua orang. 

Tak hairan semua orang selalu berupaya untuk mencegah Strok atau mengurangi faktor risiko dengan menerapkan cara hidup sehat, senaman yang teratur, menghindari stress hingga meminum ubat atau suplemen untuk menjaga kesihatan pembuluh darah hingga dapat mencegah terjadinya Strok.

Semuga mengamalkan gaya hidup yang sehat kerana semua penyakit adalah atas ketentuanNya dan mohonlah kepadaNya untuk menjadi sihat semula supaya kita dapat beribadat kepadaNya.