Surah Al A'raaf
Surah Al A'raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف adalah surat ke-7 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 206 ayat dan termasuk pada golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya surah Al An'aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di batas syurga dan neraka.
Isi Kandungan Surah Al A'raaf
Keimanan:
Mentauhidkan Allah dalam berdoa dan beribadat; hanya Allah sendiri yang mengatur dan menjaga alam; menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat; Allah bersemayam di 'Arasy; bantahan terhadap kepalsuan syirik; ketauhidan adalah sesuai dengan fitrah manusia; Musa berbicara dengan Allah; tentang melihat Allah; perintah beribadat sambil merendahkan diri kepada Allah; Allah mempunyai al asmaaul husnaa.
Hukum-hukum:
Larangan mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk; kewajiban mengikuti Allah dan rasul; perintah berhias waktu akan solat; bantahan terhadap orang yang mengharamkan perhiasan yang dianugerahkan Allah; perintah memakan makanan yang halal lagi baik dan larangan memakan yang sebaliknya.

Kisah-kisah:
Kisah
 Nabi Adam ‘alaihis salam dengan iblis; kisah Nabi Nuh ‘alaihis salam 
dan kaumnya; kisah Nabi Shaleh ‘alaihis salam dengan kaumnya; kisah Nabi
 Syu'aib ‘alaihis salam dengan kaumnya; kisah Nabi Musa ‘alaihis salam 
dengan Fir'aun.
Dan lain-lain:
Al Quran diturunkan kepada Nabi yang penghabisan dan perintah mengikutinya; Nabi Muhammadshallallahu ‘alaihi wasallam diutus untuk seluruh manusia; adab orang mukmin; adab mendengar pembacaan Al Quran dan berzikir; rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah; balasan terhadap orang-orang yang mengikuti dan mengingkari rasul; dakwah rasul-rasul yang pertama sekali ialah mentauhidkan Allah; tentang ashhaabul A'raaf yang berada antara syurga dan neraka; Allah pencipta makhluk; manusia adalah makhluk yang terbaik dijadikan Allah serta mempunyai kesediaan untuk baik dan untuk buruk; permusuhan syaitan terhadap Bani Adam; manusia khalifah Allah di muka bumi; kehancuran sesuatu kaum adalah kerana perbuatan mereka sendiri; tiap-tiap bangsa mempunyai masa kejayaan dan masa kehancuran; Allah mencuba manusia dengan kekayaan dan kemiskinan; istidraj azab Allah terhadap orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya.

Ayat-ayat Doa dalam Surah Al A'raaf
1. Memohon ampun dan rahmat Allah
Maksudnya: Mereka berdua merayu: "Wahai
 Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau 
tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya 
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al A'raaf  7: 23)
2. Doa pembuka dan pujian
Maksudnya: Dan
 Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di 
dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) 
masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala
 puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk 
(mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan 
memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); 
sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa 
kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". (Surah Al A'raaf  7: 43)
3. Doa agar diselamatkan daripada golongan jahat dan ahli neraka:
Maksudnya: Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim". (Surah Al A'raaf  7: 47)
Menurut
 Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu orang-orang Ashabul A’raf mengetahui ahli 
neraka dan mengenali mereka. Lalu mereka merayu kepada Allah supaya 
terselamat daripada hukuman yang dikenakan kepada ahli neraka. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 47, Surah Al-A’raaf)
4. Doa agar dihukumkan dengan keadilan dan kebenaran:
Maksudnya: "Sesungguhnya
 (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada 
agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. dan tidaklah 
harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan 
kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap 
sesuatu. kepada Allah jualah kami bertawakal.Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim". (Surah Al A'raaf  7: 89)
5. Kesabaran dan kemusliman:
Maksudnya: "Dan
 tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami 
melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika 
sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". (Surah Al A'raaf  7: 126)
6. Taubat Nabi Musa ‘alaihis salam:
Maksudnya: Dan
 ketika Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan 
Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata:
 "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya 
aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan 
sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap 
berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", setelah 
Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) 
"TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh 
pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (Wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)”. (Surah Al A'raaf  7:143)
7. Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara (Doa Nabi Musa ‘alaihis salam bersama Nabi Harun ‘alaihis salam:
Maksudnya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai
 Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke
 dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari 
segala yang lain mengasihani". (Surah Al A'raaf  7:151)
8. Doa Nabi Musa ‘alaihis salam, doa ketika melihat kelalaian manusia:
Maksudnya: Dan
 Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa 
bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka 
ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: 
"Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka 
bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan 
kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di 
antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. 
Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dan 
Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau
 jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat 
kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(Surah Al A'raaf  7: 155)
Maksudnya: "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah
 berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki,
 dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya 
bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta 
orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”. (Surah Al A'raaf  7: 156)

.jpg)