Jumaat, 13 Disember 2013

Surah Al A'raaf Penunduk Musuh Dan Di Beri Kesabaran










Surah Al A'raaf

Surah Al A'raaf (Tempat Tinggi) سورة الأعراف adalah surat ke-7 dalam Al Quran. Surah ini terdiri daripada 206 ayat dan termasuk pada golongan surah Makkiyyah. Surah ini diturunkan sebelum turunnya surah Al An'aam dan termasuk golongan surah Assab 'uththiwaal (tujuh surat yang panjang). Dinamakan Al A'raaf kerana perkataan Al A'raaf terdapat dalam ayat 46 yang mengemukakan tentang keadaan orang-orang yang berada di atas Al A'raaf iaitu: tempat yang tertinggi di batas syurga dan neraka.

Isi Kandungan Surah Al A'raaf

Keimanan: 

Mentauhidkan Allah dalam berdoa dan beribadat; hanya Allah sendiri yang mengatur dan menjaga alam; menciptakan undang-undang dan hukum-hukum untuk mengatur kehidupan manusia di dunia dan di akhirat; Allah bersemayam di 'Arasy; bantahan terhadap kepalsuan syirik; ketauhidan adalah sesuai dengan fitrah manusia; Musa berbicara dengan Allah; tentang melihat Allah; perintah beribadat sambil merendahkan diri kepada Allah; Allah mempunyai al asmaaul husnaa.

Hukum-hukum: 

Larangan mengikuti perbuatan dan adat istiadat yang buruk; kewajiban mengikuti Allah dan rasul; perintah berhias waktu akan solat; bantahan terhadap orang yang mengharamkan perhiasan yang dianugerahkan Allah; perintah memakan makanan yang halal lagi baik dan larangan memakan yang sebaliknya. 
Kisah-kisah:
Kisah Nabi Adam ‘alaihis salam dengan iblis; kisah Nabi Nuh ‘alaihis salam dan kaumnya; kisah Nabi Shaleh ‘alaihis salam dengan kaumnya; kisah Nabi Syu'aib ‘alaihis salam dengan kaumnya; kisah Nabi Musa ‘alaihis salam dengan Fir'aun.

Dan lain-lain: 

Al Quran diturunkan kepada Nabi yang penghabisan dan perintah mengikutinya; Nabi Muhammad
shallallahu ‘alaihi wasallam diutus untuk seluruh manusia; adab orang mukmin; adab mendengar pembacaan Al Quran dan berzikir; rasul bertanggungjawab menyampaikan seruan Allah; balasan terhadap orang-orang yang mengikuti dan mengingkari rasul; dakwah rasul-rasul yang pertama sekali ialah mentauhidkan Allah; tentang ashhaabul A'raaf yang berada antara syurga dan neraka; Allah pencipta makhluk; manusia adalah makhluk yang terbaik dijadikan Allah serta mempunyai kesediaan untuk baik dan untuk buruk; permusuhan syaitan terhadap Bani Adam; manusia khalifah Allah di muka bumi; kehancuran sesuatu kaum adalah kerana perbuatan mereka sendiri; tiap-tiap bangsa mempunyai masa kejayaan dan masa kehancuran; Allah mencuba manusia dengan kekayaan dan kemiskinan; istidraj azab Allah terhadap orang-orang yang mendustakan ayat-ayatNya.
Ayat-ayat Doa dalam Surah Al A'raaf
1. Memohon ampun dan rahmat Allah
Maksudnya: Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". (Surah Al A'raaf  7: 23)
2. Doa pembuka dan pujian

Maksudnya: Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan". (Surah Al A'raaf  7: 43)

3. Doa agar diselamatkan daripada golongan jahat dan ahli neraka:
Maksudnya: Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim". (Surah Al A'raaf  7: 47)
Menurut Ibn Abbas radhiyallahu ‘anhu orang-orang Ashabul A’raf mengetahui ahli neraka dan mengenali mereka. Lalu mereka merayu kepada Allah supaya terselamat daripada hukuman yang dikenakan kepada ahli neraka. (Tafsir al-Khazin, tafsir ayat 47, Surah Al-A’raaf)

4. Doa agar dihukumkan dengan keadilan dan kebenaran:

Maksudnya: "Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya. dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. kepada Allah jualah kami bertawakal.Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik hakim". (Surah Al A'raaf  7: 89)

5. Kesabaran dan kemusliman:

Maksudnya: "Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)". (Surah Al A'raaf  7: 126)
6. Taubat Nabi Musa ‘alaihis salam:

Maksudnya: Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (Wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)”. (Surah Al A'raaf  7:143)

7. Memohon ampun dan pengasihan Allah untuk diri sendiri dan saudara (Doa Nabi Musa ‘alaihis salam bersama Nabi Harun ‘alaihis salam:

Maksudnya: Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani". (Surah Al A'raaf  7:151)

8. Doa Nabi Musa ‘alaihis salam, doa ketika melihat kelalaian manusia:
Maksudnya: Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah Kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa Yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.(Surah Al A'raaf  7: 155)

Maksudnya: "Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami”. (Surah Al A'raaf  7: 156)

Wallahu A'alam

Doa Penunduk Sangat Mujarab Amat Mudah



Doa Penunduk Sangat Mujarab Amat Mudah

Coba lah doa ini untuk mengatasi pihak lawan yang angkut atau anak yang degil tidak mahu mendengar nasihat. Tak payah pakai bomoh, atau tangkal serta azimat, .mudah saja di amalkan, lagi pun kita dapat mendekatkan diri dengan Allah setiap masa dan keadaan. Dan iaNYA adalah sehandal handal penyelamat yang tiada bandingan.
كهيعص حم عسق

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَرْجِعُونَ (١٨) سورة البقرة

Ertinya: Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).۝

صم بكم عمي فهم لايبصرون

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta. Oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan pandangannya.

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لا يَعْقِلُونَ (١٧١) سورة البقرة

Ertinya: Mereka itu ialah orang-orang yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.۝

فَسَيَكْفِيكَهُمُ  اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (١٣٧) سورة البقرة

Ertinya: Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.۝

وصلى الله على محمد وآله وصحبه أجمعين، بسم الله الرحمن الرحيم، بِحُرْمَةِ  كهيعص حم عسق، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.
Insyallah Allah akan sentiasa membantu dan melindungi hambanya yang ikhlas dan sentiasa memohon hajat hanya kepada NYA

Doa dan teknik melawan sihir yang ampuh


Doa dan teknik melawan sihir yang ampuh

Sihir Tafriq digunakan terhadap seseorang itu supaya membenci, bermusuhan dan berkelahi walaupun perkara yang remeh. Tanda awal suami isteri yang terkena sihir tafriq  iaitu bila masing-masing berada jauh akan terasa rindu sangat. Tetapi bila berada bersama, selalu bergaduh atas perkara yang remeh, cepat panas baran dan tak boleh tengok muka si suami atau si isteri.

UNTUK DETEKSI GANGGUAN JIN SAMA ADA ANDA TERKENA SIHIR ATAU TIDAK

Kepada yang mungkin tidak selesa dan ada sesuatu menganggu dalam ikatan seperti disebut diatas. Mungkin anda telah di sihirkan sebelum ini. Baca doa ini selepas solat tersebut. Jika anda di sihir kemungkinan ada pertunjuk dari Allah SWT dalam erti kata yang lain. Anda akan terasa sesuatu keadaan yang berlainan seperti hendak pitam, sakit atau letih mungkin tindak balas dari bacaan tersebut terhadap sihir yang dikenakan pada anda. Jika tiada apa-apa tanda berlaku pada anda selepas membacanya. InsyaAllah anda tidak disihir.

Baca surah ini:-

1. Surah Al-Baqarah: ayat 102



Ads not by this site

Maksudnya:

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

PERUBATAN JARAK JAUH (PJJ)

Kaedah ini dilakukan untuk mengubat isteri, suami, anak atau saudara mara yang disihirkan berada jauh di dalam atau luar negeri. Lakukan solat sunat berikut pada 2/3 malam:

1. Solat Hajat

2. Solat Tahajjud.

Selepas solat tersebut, baca doa-doa ini.

1. Doa Untuk Kebahagian Rumahtangga Dan Keturunan.


Maksudnya:

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

2. SURAH AZ ZUKRUF: AYAT 21




Maksudnya:

Pernahkah Kami memberikan mereka sebelum Al-Quran ini sebuah Kitab (yang membenarkan dakwaan mereka), lalu mereka berpegang teguh kepada kitab itu?

3. SURAH AL-ARAF: Ayat 21


Maksudnya:

Dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

UNTUK PELINDUNGAN DIRI DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERMASUK SIHIR TAHRIQ

Baca selalu doa-doa ini setiap kali solat wajib

1. Surah Al Anam: Ayat 61


Maksudnya:

Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

2. Surah Hud: Ayat 57


Maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Tuhanku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pemelihara segala sesuatu. 

3.Surah Al Araf: Ayat 118


Maksudnya:

Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.

Semuga mengamalkan doa-doa yang diatas untuk menjaga diri dan memohon pertolongan dan perlindungan dari Allah SWT dari gangguan iblis dan jin yang dilaknat.

Lakukan yang terdaya tetapi berterusan kepada yang terkena sihir ini sehingga sembuh. Bacaan doa 1x/3x/7x mengikut kemampuan anda.

Wasallam.