Isnin, 8 Julai 2013

Zikir untuk Menjauhi dan Melepaskan Daripada Bala Dan Bencana

Zikir untuk Menjauhi dan Melepaskan Daripada Bala Dan Bencana

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُوَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِ اللهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْب

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas segala nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W., Nabi akhir zaman serta keluarga dan sahabat baginda.

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai nama-nama yang mulia sebagaimana firman-Nya:
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا
  "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu" (al-A'raf: 180)

Salah satu daripada nama-nama Allah tersebut ialah al-Latif yang bermaksud "Maha Lembut".  Para ahli sufi/toriqat ramai yang melazimi zikir Ya Latif dalam bilangan yang tertentu seperti 100x, 129x, 1000x dan sebagainya. Dan para arifin juga sering berdoa dengan menggunakan isim Ya Latif ini. Salah satu doa/zikir yang bersandarkan kepada nama al-Latif ini ialah seperti pada doa di bawah ini.  Doa ini dibaca untuk memohon agar Allah SWT menjauhi dan melepaskan kita daripada bala. Sebagai contoh, sekiranya kita atau ahli keluarga sedang ditimpa sesuatu musibah seperti sakit dsb, maka lazimilah membaca doa ini sebanyak yang mampu.

يَا لَطِيْفُ لَمْ ﺗَﺰَلْ. اُلْطُفْ بِنَا فِيْمَا نَزَلْ
 اِنَّكَ لَطِيْفٌ لَمْ تَزَلْ. اُلْطُفْ بِنَا وَالْمُسْلِمِيْنَ
Lihat video di bawah ini kalau nak tahu rentak zikirnya, tetapi dalam video ni hanya zikir Ya Latifu Lam Tazal saja. Sambunglah innaka latifun lam tazal ... untuk zikir kedua-duanya
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan