DOA AGAR TETAP DENGAN PEKERJAAN DAN MENDAPAT MAJIKAN YANG BAIK.
Salam Pembaca,
N3 ini dibuat atas permintaan email beberapa orang pembaca. Bekerja adalah satu ibadah. Ada yang bekerja disatu-satu tempat itu sampai bertahun-tahun lamanya. Ada yang suka lompat dari satu pekerjaan ke satu pekerjaan selepas bosan dengan majikannya atau mendapat tawaran yang lebih baik. Memilih pekerjaan yang sesuai itu tidaklah menjadi satu kesalahan kerana selepas bertahun-tahun bertungkus lumus belajar siang dan malam. Setelah mendapat segulung diploma atau ijazah, carilah pekerjaan yang baik setanding dengan kelulusan itu.
Yang menjadi "fed-up" kepada sesetengah pekerja itu kerana majikannya tidak baik, garang, suka marah-marah dan juga suasana tempat kerja yang tidak harmoni dan banyak hal-hal lain yang merunsingkan hati dan fikiran. Sesetengah majikan menekan pekerja bawahannya serta tegas sehingga rasa tidak senang hati dan timbul perselisihan faham antara pekerja dan majikan. Ada yang bekerja tak sampai tiga bulan dah mula cari pekerjaan lain. Zaman sekarang bukan senang nak dapat kerja jika memilih sangat. Oleh itu ada beberapa doa yang baik diamalkan supaya tetap dengan pekerjaan dan mendapat majikan yang baik dan "understanding".
Baca doa-doa ini sebelum keluar dari rumah dan apabila sampai di tempat kerja. Insyaallah jika majikan itu yang dahulunya bengis, muka tak pernah senyum, akan menyukai diri anda nanti begitu juga rakan-rakan sekerja.
Berpatah melayu berbunyi "Batu Yang Bergolek Tidak Akan Mengumpulkan Lumut". Mana naik naik gaji dan pangkat jika asyik tukar pekerjaan.
Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.
Sebelum berdoa bersalawat 3x dan penutup dengan salawat juga.
Maksudnya:
Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.
Maksudnya:
Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ayatul Mahabbah).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan