DOA MENGHADAPI PEMBENGIS/MENGAMUK/MUSUH DAN SEBAGAINYA
CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol |
Salam Pembaca,
N3 kali berkaitan keselamatan diri dan keluarga ketika berhadapan orang yang garang, bengis, mengamuk, naik angin atau musuh kerana orang yang boleh mendatangkan kecederaan kepada diri kita atau ahli keluarga kita boleh dianggap musuh.
Baru-baru ini seorang pemandu lori naik angin telah menetak seorang ahli keluarga dalam kereta tersebut selepas berhenti dihadapan lampu merah di Kuala Lumpur kerana salah faham. Kita kena berhati-hati kerana sesetengah pemandu lori dibawah pengaruh dadah jenis syabu. Mereka ini cukup garang dan agresif. Silap sikit nak bergaduh aje.
Dan semalam pula kisah pekerja hotel di Seremban di pukul oleh seorang anggota polis yang mengamuk dengan bontot pistol DISINI. Kasihan juga kepada pekerja hotel itu kerana tak terdaya melawan balik dengan polis yang ada pistol.
Banyak doa-doa menundukkan musuh (Akan dimasukkan nanti). Dan di dalam entri kali ini, doa-doa ini baik untuk menghadapi situasi yang berlaku sebegini.
DOA MENGHADAPI PEMBENGIS/MUSUH/MENGAMUK/NAIK ANGIN.
Dibaca ketika berhadapan atau bertemu orang yang pembengis, orang yang zalim, musuh, orang yang mengamuk naik angin dan sebagainya.
Selalu amalkan doa ini setiap kali selepas solat. Mulakan dengan salawat dan penutup salawat.
Maksudnya:
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan).
DOA MOHON SELAMAT DARIPADA ANCAMAN ORANG ZALIM.
Maksudnya:
"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim."
Wasallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan