Isnin, 7 Oktober 2013

Doa Untuk Anak Yang Degil Dan Keras Kepala Sebelum Terlambat .

Doa Untuk Anak Yang Degil Dan Keras Kepala Sebelum Terlambat .


Salam sejahtera.

Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.

Sebelum memulakan rawatan untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh "jurang generasi".

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.




Lakukan rawatan ini ketika anak sedang tidur. Ini kerana ketika tidur, jiwa anak anak ini tenang. Ulangilah rawatan ini beberapa hari sehingga ada perubahan pada sikap anak-anak. Jika keadaan agak kritikal, lakukan solat sunat hajat.

Semoga post ini memberi manfaat kepada anda dan dapat membantu menyelesaikan masalah anda. InsyaAllah.

Was salam.    

Penyediakan cara mengatasi berbagai isu mental. kerungsingan, ketakutan, cemas, masalah anak degil, untuk berwibawa atau di kasihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan